Friday 11 December 2015

Filled Under:

Akhirnya RAMLI MS DEDAH PERKARA SULIT yang akan terjadi FINAL GEGAR VAGANZA.


    PETALING JAYA: Barisan peserta Gegar Vaganza 2 (GV2) perlu lebih berhati-hati dalam persembahan yang bakal dibuat pada malam final program itu Ahad ini kerana mereka akan dinilai dengan lebih ketat dan teliti.

    Ketua juri GV2, Datuk Ramli MS berkata, peserta-peserta perlu memastikan tiada kesalahan yang akan dibuat ketika melakukan persembahan walaupun hanya terlupa lirik sahaja.

    "Sekarang ini, semua yang akan ke final GV2 mempunyai persembahan yang bagus.


    "Jadi saya dan barisan juri lain akan memastikan pemenang GV2 nanti langsung tidak membuat sebrang kesalahan. Salah lirik pun tak boleh," katanya yang dihubungi mStar Online.

    Enam peserta lain yang layak ke akhir ialah Acong (Sweetchild), Siti Nordiana, Nassier Wahab, Ezad Lazim, Haiza dan Farahdhiya.

    Selain Ramli MS, peserta akan diadili oleh Datuk Khadijah Ibrahim dan seorang juri undangan.

    Dalam pada itu tambah Ramli MS, barisan peserta juga harus tampil kreatif dalam persembahan untuk melihat kemampuan dan kehebatan idea masing-masing.

    Ditanya adakah peserta-peserta yang pernah popular dan kemudiannya sepi dalam industri akan diterima umum selepas tamatnya program tersebut, kata Ramli MS, dia yakin, mereka akan mendapat tawaran menyanyi dengan lebih banyak.

    Namun, tidak pasti sejauh mana kemampuan mereka untuk mewarnai arus perdana seni muzik tempatan.

    "Saya lihat, kalah atau menang, perniagaan nyanyian mereka akan berkembang dipenuhi dengan jemputan persembahan.

    "Tetapi kalau nak buat album dan mahu mengikut pasaran, saya tak berani nak cakap adakah mereka akan sebaris dengan penyanyi arus perdana," ujarnya.




    0 comments:

    Post a Comment